Friday, May 27, 2011

Saya & emas

Saya boleh katakan kesedaran saya terhadap pelaburan emas ni agak lewat. Baru2 ni jek tetiba saya rasa yg dah smpi masanya utk saya mula melabur dgn membeli emas.

Walaupun mmg dah lama saya cuba mendalami & memahami ilmu2 pembelian/pemilikan emas ni melalui blog2 terkenal mcm JutawanEmas.com, JutawanGold.com, Pokli.com, CariGold.com tapi saya masih tak nmpk jln mcm mana pelaburan ni boleh beri return kpd saya - esp utk short term.

Nway, 1st pelaburan yg saya buat adalah dgn membuka sayaan CIMB Bank Gold Deposit. Instead of membeli emas fizikal, saya rasa ini mungkin cara paling mudah utk saya mulakan pelaburan saya. Kebetulan harga emas masa tu saya rasa agak ok (walaupun still tinggi) & saya deposit utk 20g. So nilah starting point saya yg mana lepas tu saya suruh pulak wife saya buat benda yang sama.

Kenapa saya pilih CIMB drp bank lain, sebabnya diaorg ada mention yg boleh buat online transaction which saya rasa akan memudahkan urusan jual/beli emas saya. Btw, as of date saya still tak penah try lagi cara online ni.

Dlm next entry saya cuba table kan perbezaan akaun emas antara bank ni which saya dapat pun dari few blogs emas yg lain.

Dan juga satu lagi isu menarik berkaitan halal/haram cara pemilikan emas secara fizikal dan deposit akaun ni.

Intro

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Blog ini saya wujudkan utk saya berkongsi ilmu & pengalaman saya dalam pelaburan & jual-beli emas. Dengan ilmu emas yang masih baru, saya harap perjalanan pelaburan emas yg cuba saya gerakkan dapat dikongsi bersama sifu2 di luar sana & juga mereka2 yg baru nak menceburi bidang emas ini. Dari semasa ke samasa sebarang info, artikel berkaitan akan saya masukkan untuk rujukan bersama.

Saya harap dgn perkongisan ini, kita sama2 dpt manfaat baik dari segi ilmunya dan juga keuntungan nilainya.

Wassalam.